Sejarah CMS Joomla
Joomla mula terjadi apabila terjadinya pembangunan perisian dari pada versi Mambo diantara Miro Corporation dari Australia, pemegang hak cipta Mambo pada masa itu, dan kesemua ahli pemaju pusat. Kedua-dua kumpulan berpisah pada 17 Agustus 2005. Miro Corporation menubuhkan sebuah yayasan dengan tujuan untuk manage projek itu dan melindunginya dari pada tindakan undang-undang. Pasukan pembangunan mendakwa bahawa banyak struktur yayasan berkenaan melanggari perjanjian yang dibuat oleh Jawatankuasa Mambo yang dilantik. Mereke juga mendakwa kurangnya perbincangan dengan pemegang saham utama dan melanggari nilai-nilai asas Sumber Terbuka.
Pasukan pembangunan mencipta sebuah laman web yang dipanggil Open Source Matters untuk mengedarkan maklumat kepada para pengguna, pemaju, pereka web dan komuniti secara masing-masing. Ketua projek pada waktu itu, Andrew Eddie, juga dikenali sebagai "Master Chief," menulis sepucuk surat terbuka kepada komuniti, yang mucul di papan pemberitahuan di forum awam di mamboserver.com. Menjelang keesokkan hari, 1000 orang telah menyertai laman forum opensourcematters.org dengan kebanyakan mesegge menunjukkan perkataan-perkataan semangat dan galakan kepada Pasukan Pembangunan. halaman web berkenaan menerima komen dan artikel berita berhubung peristiwa berkenaan di newsforge.com, eweek.com, and ZDnet.com. CEO Miro, Peter Lamont, memberi respon awam di dalam artikel bertajuk Kontroversi Sumber Terbuka - 20 Soalan Bersama Miro. Peristiwa ini telah mengakibatkan komuniti sumber terbuka berfikir semula tentang apa tafsiran " Sumber Terbuka ". Laman kelamaan forum di kebanyakan projek sumber terbuka dibanjiri dengan mesej-mesej menyokong dan menentang tindakan kedua-dua pihak berkenaan. Kabar-kabar angin dan tuduhan tentang kesilapan yang dilakukan oleh Miro dan Yayasan Mambo mula menjadi hangat. Dalam masa dua minggu selepas pengumuman Eddie, pasukan-pasukan mula disusun semula dan komuniti ini mula tumbuh. Pada 1 September 2005 nama baru diumumkan dengan sambutan berbeza oleh 3000+ penyokong setia Pasukan Pembangunan. kandungan Joomla Paket Joomla mengandungi berbagai bagian berbeda yang dibina untuk menjadi sebagai sebuah modular jika boleh. Hal ini akan membolehkan peralatan tambahan dan integrasi dijalankan dengan senang. Satu contoh berkenaan ialah
sejenis benda yang dipanggil "Bot". Bots ialah sebuah modul yang jika diaktifkan boleh menambahkan fungsi Joomla.
Pasukan pembangunan mencipta sebuah laman web yang dipanggil Open Source Matters untuk mengedarkan maklumat kepada para pengguna, pemaju, pereka web dan komuniti secara masing-masing. Ketua projek pada waktu itu, Andrew Eddie, juga dikenali sebagai "Master Chief," menulis sepucuk surat terbuka kepada komuniti, yang mucul di papan pemberitahuan di forum awam di mamboserver.com.
Label: Joomla

0 Komentar:
Posting Komentar
Berlangganan Posting Komentar [Atom]
<< Beranda